24 Jul 2017

Kucing.




Benarlah yg dikatakan jika seseorang menyukai kucing, maka dia seorang yg penyayang..
lantaran diri ini suatu pernah tidak menyukai kucing berubah 360 darjah menjadi pencinta kucing..
pernah jua suatu ketika terlintas di dalam hati, "tak jijik ke pelihara kucing? taik kucing tu dah la bau, bulu kucing melekat..."
namun segalanya terlerai apabila diri ini sendiri berada di tempat 'mereka'..
pada sebelumnya kucing ini kesemuanya ada 4 ekor,
namun satu demi satu hilang..
mungkin juga Allah ingin mengajar diri ini untuk mengenal erti sabar dan redha..
kerana aku terlalu menyayangi haiwan ini..
pernah juga menitis airmata mengenangkan kucing yg telah hilang..
Allahu, pedih.....
bergenang airmata mengingati karenah kucing-kucing ketika nak mintak makan..
dan pernah juga termimpikan kucing ini dimakan dek makhluk yg liar..
segera mencari kucing-kucing tersebut untuk pastikan mereka dalam keadaan selamat..
sehinggalah yg tinggal hanya 2 ekor ini..
lama kelamaan, diri ini berjaya untuk redha dan pasrah terhadap kehilangan..
semoga dipertemukan di Syurga nanti!

betapa sayang terhadap kucing sehingga kucing tak makan sehari pun dah susah hati..
dan subhanAllah kucing ini sungguh dapat menghilangkan kemarahan, rasa sedih, tekanan dan mencairkan hati yg keras..
sungguh, gembira dan bahagia hari-hariku semenjak kehadiran haiwan ini dalam hidupku!
terasa seperti nikmat yg luar biasa..
terfikir mungkin begini rasanya mempunyai anak, bahkan lebih gembira dari itu..
sebab tu kucing menjadi haiwan kesayangan Rasulullah..
banyak hikmahnya.. Allahu..
teringat kucing kesayangan Rasulullah, Mueeza.
tingginya darjat kucing dalam Islam sehingga Rasulullah memuliakan haiwan ini..

Allah jadikan diri ini berubah mencintai haiwan ini lantaran kerana diri ini sering memandang jijik terhadap haiwan.. dan Dia ingin menyedarkan..
dari jijik menjadi prihatin, dari ego menjadi penyayang..
sungguh, banyak yg telah merubah diri ini hanya kerana membela haiwan tersebut.
menjaga kucing-kucing ini seperti menjaga anak..
tak lena dibuatnya.. tidurkan kucing.. tunggu sehingga lena..
mungkin mereka melihat diri ini obses, namun mereka tidak mengerti seperti apa berada ditempatku..
media sosial semuanya tentang kucing..
Allah, betapa aku menyayangi ciptaanMu..
terasa kerdil diri ini..
terasa berdosa diri ini..
kerana suatu pernah timbul perasaan yg tidak sepatutnya terhadap makhluk ciptaanMu..
Allah hadirkan kucing ini, dan melalui kucing ini Allah beri hidayah dan hikmahNya untukku..
banyak pengajaran yg telah aku dapati..




Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).


semoga sentiasa di bawah jagaan Allah! <3
شكرا جزيلا

18 Jul 2017

Perasaan.


entah mengapa sampai detik ini masih muncul kesamaran..
entah kenapa masih timbul rasa ragu..
terkadang aku gembira dengan kehadiran insan itu..
terkadang perasaan kasih seolah tidak pernah ada..

apakah yg membuatkan ini berlaku?
sehingga ke tahap ini aku sudah mulai bingung..
ragu..
keliru..
seolah aku akan tersalah pilih..
untuk hidup di masa hadapan bersamanya;
insan yg sehingga kini aku sendiri masih tidak yakin adakah dia benar pilihanku,
atau sekadar aku menginginkannya atas sebab sesuatu yg telah membuatkan aku tertarik padanya?
bukan kerana keikhlasan, atau perasaan kasih..

atau juga pernah dulu aku kasih terhadapnya..
tapi hari demi hari ianya kian pudar..
sehinggalah ke hari ini,
perasaan itu sudah tidak ada lagi..
sehingga aku tidak mengerti adakah bertahan kerana cinta atau kerana aku ingin menghargai insan yg menghargai aku?

"boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik untukmu, dan kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik untukmu"
(QS 2:216)


benar, tetapi aku masih mencari sesuatu yg membuatkan perasaan ini jelas..
aku masih terkapai-kapai mencari jawapan daripada diri sendiri untuk diri sendiri..

sering aku terjaga daripada tidur yg lena,
di keheningan sepertiga malam..
ku dirikan tahajud, memohon kepadaNya.
berkali-kali aku istikharah mencari jawapan yg tersirat..
adakah dia benar untukku?

sepurnama berlalu..
masih bersama, masih bertahan.
mereka kata, "jika dia pergi setelah kau istikharah, itu maknanya istikharah kau telah terjawab. dia bukanlah yg terbaik untuk engkau, sayang"
namun masih sama,
setelah berkali-kali ku bangun untuk istikharah,
dia masih ada menemani hari-hari yg penuh dengan kegelisahan..

pernah dulu dia berjanji ketika baru saja mengenaliku..
ingin bertunang secepat mungkin..
namun malangnya banyak halangan dan rintangan yg harus dilalui..
ditunda.
aku akur, faham dengan tugasnya yg tidak menentu hatta cuti sekalipun susah untuknya..
namun seakan aku tidak lagi percaya dengan segala janji.
benda baik mengapa harus di tunda?
allahu, adakah aku tidak memahami atau sebaliknya..
aku pun tidak mengerti tentang perasaan ini..

terkadang aku fikir..
Allah timbulkan perasaan gelisah di dalam hati ini untuk aku kembali memohon kepadaNya..
aku buntu..
perlu kah untuk aku melepaskannya?
kerana aku tidak ingin bergelumang dengan dosa di atas hubungan yg tiada ikatan apa-apa..
jika diturutkan hati, aku mampu saja jika bertaut 100% denganNya..
tetapi aku kasihan..
allahu.. kuatkan hati ini!

dan saban hari ini..
aku mulai teringat dengan kenangan lama..
aku seperti sering ingat pada yg telah berlalu, bukan yg sekarang ini..
sering menulis tentang kisah lama..
namun aku gagahkan juga untuk melupakan,
walau payah, perit, pedih..
sakit.
tetapi lagi sakit jika yg ada di depan mata ini mengetahui hal sebenar..
bagaimana perasaan ini terhadapnya..
aku takut.
takut melukainya..
takut menyakitinya..
takut.. dan takut..
kerana aku tahu sebagaimana rasa berada di tempatnya,
mengetahui sang kekasih tidak lagi berperasaan seperti dulu..

jujur, aku ingin menghargainya..
menghargai kehadirannya..
menghargai apa yg ada di depan mata..
menghargai orang yg ikhlas menyayangi diri ini..
tetapi bagaimana dengan perasaan ini?
Ya Tuhan.. aku tersiksa.

setelah lama aku pendam,
susah untuk aku luahkan..
hari ini aku berjaya menyusun kata,
menulis apa yg terbuku di dada.
alhamdulillah!

maaf pada si dia,
bukan untuk mengaibkan..
aku buntu..
mungkin juga aku masih ada perasaan kasih terhadapmu,
kerna itu aku tidak mampu lagi untuk melepaskan..
permata sepertimu, sangat susah untuk aku temui lagi.
kau amat istimewa dan luar biasa bagiku.
kau teramat sempurna!

maaf, cukup kalian tahu tentang cerita ini tanpa aku persembahkan siapa 'dia'..
شكرا جزيلا

15 Mar 2017

Sesungguhnya, Aku Mencintaimu KeranaNya..


harini, perasaan ini menarik membawa ku ke sini untuk meluahkan apa yg tersirat di hati.
huhu ayat klise.
pendek kata, entry kali ni utk sambung prev entry yg tergantung ceritanya.

setelah beberapa hari mengumpul kekuatan, aku nekad untuk bercerita tentang si pencuri hati.. ya yg selama ini aku rahsiakan daripada pengetahuan sesiapa sebab aku belum bersedia utk dedahkan kehidupan bahagia. he he
alhamdulillah, dia yg telah banyak mengajar aku erti dewasa, byk nasihat, membimbing.. pendek kata dia selalu ingatkan aku tentang solat. dia membuatkan aku semakin dekat dengan Allah. alhamdulillah. bersyukur sangat Allah hadirkan dia dalam hidup aku. yg akhirnya doa-doa aku selama ini termakbul jua.
ramai kawan-kawan tempat kerja usik 'berseri-seri je harini' 'lawa plak harini' eh yeke? huhu biasa ja aku rasa. haha seperti rutin harian, takda lebih takda yg kurang.. pelik plak ek hehe

okay.. entah kenapa dalam ramai-ramai yg dia aku pilih? eh.
nak dibuat cerita, perkenalan hanyalah setahun jagung. belum lagi sampai tahap bertahun. aku tertarik dengan tutur cara, sifatnya yg menghormati aku.. dalam ramai-ramai orang yg aku kenal, kebanyakan cara nak kenal tu memang nampak sangat takda rasa hormat langsung terhadap diri ini yg bergelar wanita. sehinggalah aku berkawan dengannya. lagi satu, dia bukan jenis memaksa dan dia seorang yg penyabar. namun bukan itu yg menarik perhatian aku, apa yg memikat jiwaku adalah keimanannya terhadap Penciptanya. allahu, sungguh. itu yg telah mencuri hati ini.
kerananya, aku juga semakin dekat dengan Sang Pencipta. yg dahulunya terkadang lalai, kini dia yg menjadi 'mr. reminder' setiap kali masuk waktu solat. alhamdulillah.




semakin besar cintamu terhadapNya, semakin besarlah cintaku terhadapmu..
jika hilang cintamu terhadapNya, maka hilanglah jua cintaku terhadapmu..



terima kasih hadirkan dia dalam hidup ini. samaada Kau hadirkan dia sebagai masa depan atau pun ujian, aku bersyukur atas segalanya..

lain entry aku akan ceritakan lagi tentang 'mr. reminder'. siapa dia sebenarnya.. hehe inshaallah!

شكرا جزيلا

1 Mar 2017

KEMBALI SEMULA

terlalu lama meninggalkan dunia blog dek kerana terlalu sibuk mengejar kerjaya dan cita-cita dan kesibukan dunia..

namun aku sering tertanya, mampukah aku merealisasikan segala impian dan cita-cita ku yg telah dibina sejak dibangku sekolah lagi?
risau. bimbang.
semoga Allah mengabulkan doa-doaku selama ini.

apa khabar kalian yg selalu berkunjung ke blog usang ini?
semoga sihat sentiasa. maaf andai tiada lagi cerita kehidupan yg seperti dulu ku coretkan dalam blog ini. kerna biarlah ia terkubur sedalam yg mungkin. reput dimamah waktu.

terkadang rindu, tapi apakan daya waktu tidak mengizinkan untuk jari jemari ini menari di atas keyboard. namun alhamdulillah hari ini ada rezeki untuk meng-update blog kesayanganku ini..
terlalu banyak kisah dan cerita. yg sedih, yg gembira..

duhai blog kesayangan,
aku ingin bercerita tentang sesuatu.
sesuatu.. ya sesuatu yg berkaitan tentang hati.
terlalu lama untuk aku mencari kekuatan, untuk bercerita soal hati di dalam blog ini setelah sekian lama menyepi.
aku sengaja, kerana ingin melupakan segala cerita yg telah ku coretkan di blog ini suatu masa dulu..

namun setelah kisah itu berlalu..
terlalu ramai yg ingin menyentuh hati ini, dan ada yg berjaya.. ya berjaya menghancurkannya semula. alhamdulillah. namun akhirnya aku berjaya juga merawat kembali walau dalam tempoh yg singkat walaupun masih ada seberkas ingatan untuknya namun perasaan itu hampir pudar dan hilang.
akan tetapi, hehe wahai blog kesayangan.. sehingga akhirnya ada seseorang yg benar-benar menyentuhnya, dengan seikhlas hati..
alhamdulillah. dia yg berjaya membuka pintu hati yg hampir tertutup rapat untuk selamanya.

tiada apa yg kuharapkan selain kebahagiaan ini kekal hingga ke syurga..

akan ada suatu masa nanti.. cerita soal hati ini akan bersambung. mohon kekuatan untuk aku bercerita tentang ini lagi. inshaallah!



شكرا جزيلا