31 Oct 2018

DIPERSILA



Sengaja aku biar ia tersebar.
Sengaja aku biar ia dibaca.
Setelah sekian lama ku sembunyikan
Nama demi nama ku tukar
agar mereka tak lagi tahu tentang kisah hidup yang sadis itu
Bukan ingin menunjuk rasa, bukan juga meraih simpati
Sepertinya memendam sesuatu yg sakit itu sungguh tiada makna
Bertahun lamanya.
Pedih.
Hancur.
Mencuba untuk bangkit namun tersungkur.
Mujur ada Dia yang sentiasa ada menemani.
Setiap perjalanan dan langkah kaki.

Sekarang lihat bagaimana.
Akan ada bermacam spekulasi.
Silakan.
شكرا جزيلا

HAKIKAT SEBUAH RASA



Adakalanya aku menunggu sampai bila perasaan ini akan pudar.
Perasaan yg sering mengganggu benak fikiran.
Sakit dipendam namun terlalu sukar untuk dimaafkan.
Hati sudah terlalu tawar untuk memperbaiki segalanya.
Hakikat sebuah rasa yg tak pernah dipaksa untuk terjadi seperti ini namun semuanya terlambat.
Terlambat untuk dimaafkan?
Sudah ku cuba semampu aku namun aku gagal.
Pedih di hati sudah cukup dalam. Terlalu sakit.

Untuk apa diperbaiki lagi jika semuanya hanya mengundang benci dan pedih?
Luka yg tak mampu disembuhkan hanya dengan 'maaf'.

Terkadang aku terfikir kenapa dan mengapa?
Semakin kita meningkat dewasa, kita bertarung dengan dilema.
Bertarung dengan perasaan yg entah bila menyapa.
Yg sering mengganggu sehingga hilang senyum di wajah.
Kau ingat apa yg aku lalui itu mudah?
Tambahan ada sejarah pernah menjadi 'pesakit psikiatri'
Kau ingat itu mudah?
Bertarung dengan kemurungan, dan sekarang perlu hadap perangai manusia yg menyebalkan.

Aku tak mudah membenci walau beribu kali disakiti.
Tapi sekali aku membenci, aku sukar untuk memaafkan.
شكرا جزيلا

25 Apr 2018

NIAT.

HADIS 1

 عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ االلهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ االلهِ صلى االله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَتْ هـِجْرَتُهُ إِلىَ االلهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى االلهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد االله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة. 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. 

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : الأعمال إنما (بالنيةLقوله باب (hadis nombor 1908). 

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam. Pokok perbincangan hadis : 
1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais 
2) Kenapa niat penting : untuk bezakan ibadat dengan adat. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya. 
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah : tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat). 
4) Kesan niat baik pada perkara yang harus : dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya. makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak). 
5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah: Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki) Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah. Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati syariat. Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa. 

Antara pengajaran hadis: 
Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. 
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala. 

شكرا جزيلا

2 Feb 2018

Penat.

entah apa yg ku sangkakan aku harus bertahan. bertahan dari satu kebodohan kepada kebodohan yg lain. entah apa yg ku sangkakan aku kuat. kuat menghadapi segala kepahitan dan perangai mereka yg menyakitkan.

berada di sini seperti di dalam pentas lakonan. segalanya seakan sulit untuk aku perjelaskan. sulit untuk aku ceritakan. bermacam ragam dan gaya. ada yg baik, ada yg buruk. 
tapi yg pasti, aku lebih selesa dgn kehidupanku yg lalu. aku lebih menyukai kehidupanku ketika aku menuntut pengajian diploma. tiada yg menyakitkan. begitu pula sahabat. ketika itu, aku mempunyai sahabat yg sering membuat aku tertawa sehingga lupa akan masalah. sehingga aku teringin pulang semula ke asrama kerana ingin mengecap kegembiraan itu. melupakan segala tekanan hidup yg entah bila menyapa kehidupan ku.

namun, keberadaanku di sini jauh berbeza. aku rapuh. aku tersungkur. tiada siapa yg mempeduli sebaliknya mengata, mencerca, menghina. sungguh, inikah yg kalian katakan ukhuwah kerana-Nya?

aku penat. penat dengan segala sandiwara. ku coba untuk meluahkan rasa, tapi seakan ia tidak ingin pergi jauh. seakan inginku menangis sepuasnya. namun tidak termampu. seakan airmata ini tidak sudi lagi mengalir untuk sesuatu kebodohan yg nyata.

شكرا جزيلا