semakin dewasa semakin aku rasa bahawa hidup bersendiri itu lebih enak dari berhadapan dengan ramai manusia. entah kenapa hati semakin mudah terhiris kerana kata-kata. lebih mudah melayan rajuk yang entah bila menyapa.
sebak,
sakit,
pedih.
ya, ini yang ku pendam namun tak ku luah. bermacam masalah bergabung menjadi satu. namun tak siapa tahu. tak ada satu sosok pun yang ku jadikan tempat meluah. mungkin yang terbaiknya hanya di sini.
tidak tahu bagaimana untuk ku mulai. kerana segalanya terasa perit untuk ku luah. mengingat kembali membuat aku semakin ingin pergi jauh dari manusia. aku ingin menangis. menangis sepuasnya. bahkan ketika aku menaip entri ini hatiku terasa sebak. pedih. namun apalah dayaku, memendam dan menahan tangis hanya mampu ku lakukan.
bagaimana ya? berada di tempat aku yang hanya mampu menahan perih. entah mungkin aku yang terlalu melayan ego dan perasaan. entah la..


No comments:
Post a Comment