1 Jan 2021

2021, I'M READY!

bismillahirrahmanirrahim

 2020 sudah melabuhkan tirai. too many memories. too many tears wasted.

di tahun 2020 aku hilang orang-orang yang aku sayang. perginya mereka tak akan kembali. aku kehilangan atuk dan nenek aku. sedih yang tidak tertanggung bila diingat semula. nenek meninggal, bulan 4 dan tidak boleh balik disebabkan covid dan pkp. aku hanya mampu mengamati melalui panggilan video. perit ya. ketika hidupnya akulah cucu yang antara paling tersayang. setiap kali balik ke sabah, arwah  antara orang paling gembira. siapkan semua makanan yang aku craving. bila aku sebut pasal 'ambuyat' pasti akan dibuat segera. ketika aku jauh, seringkali bertanya bila aku akan pulang. dan bilamana aku berangkat pergi ke airport, arwah pasti akan sedih. sedihnya yang dapat ku rasa. pagi-pagi lagi pasti akan datang ke rumah lihat aku yang tengah sibuk packing baju. 

aku tidak pernah menyangka bahawa arwah nenek akan pergi secepat ini. sebulan sebelum arwah meninggal, aku balik sabah sebab atuk (sebelah mumy) meninggal. waktu tu arwah sempat berpesan, "jangan mudah putus asa dalam hidup.." itulah pesanan terakhir untuk aku. ketika hidup arwah, sempat tidur sama-sama pasti arwah akan suruh aku tidur di rumahnya bilamana aku balik sabah. mungkin arwah rindu mungkin kerana dulu aku selalu tidur disebelah arwah sambil diusap rambut hingga aku tidur. ketika arwah sakit, arwah biarkan aku urut kaki dan tangannya. ditunjuki padaku bahagian perut yang terkesan kerana penyakit tersebut. sudah masak benar dengan diri sang cucu. ketika arwah sakit, menghitung hari sebelum ajal, masih lagi arwah tanya bila aku balik. sempat buat video call, melihat keadaannya yang semakin lemah. bahkan sebelum arwah meninggal, arwah masih tanya tentang aku.. mengalir airmata ketika menaip entry ini. ya, aku rindu. aku tidak menyesali apa yang terjadi namun aku terkilan pada hujung nafasnya aku tidak mampu untuk duduk dekat dengannya. bahkan perbelanjaan aku melanjutkan pengajian ini bermula dari diploma hingga degree boleh dikatakan 1/2 adalah daripada tanggungan arwah nenek. arwah tidak mau lihat aku putus asa dijalan ini. arwah mau aku berjaya. berjaya dalam pelajaran. sudah lama dilatih untuk pentingkan pelajaran, sejak aku kecil lagi dijaga oleh arwah, sebab itu arwah ingin aku berjaya. yang mana pernah ku usulkan untuk berhenti belajar kerana tidak sanggup dengan tekanan manusia sekeliling namun mereka tetap beriku dorongan semangat.

dan yang sebenarnya, aku hilang arwah atuk bulan 2, selang sebulan, aku hilang arwah nenek pada bulan 4.. aku rasakan semua bagai mimpi. sampai ketika ini aku masih rasakan ia sebuah mimpi. mimpi dalam tidur yang nyata. aku mampu pulang ke sabah pada bulan 2 sahaja; untuk melihat arwah atuk yang terakhir kali, dan ketika arwah nenek pula meninggal aku tidak mampu berbuat apa-apa.

jika diceritakan tentang arwah atuk.. aku antara cucu yang rapat dengan arwah. dulu aku sering ikut arwah atuk kemana-kemana yang arwah bawak. bila arwah atuk datang rumah, pasti aku yang menjamunya. kemudian arwah akan ketawa dan happy bila nampak makanan yang dijamu. bahkan ketika arwah sakit, aku yang jaga ketika ditempatkan dirumah kami sementara. beri makan, uruskan apa-apa keperluan. terasa sedih bila kenangkan apa yang telah dilalui dan realiti. namun aku juga tidak sanggup lihat penderitaan yang ditanggung..

aku tinggalkan seseorang yang pernah ada dalam hidup aku. sehinggakan semua orang bertanya tentang itu. semua orang persoalkan kenapa dan mengapa. aku hanya mampu katakan tiada jodoh dan mungkin juga dia tidak baik untuk aku, atau aku tidak baik untuk dia. aku sakit bila pelbagai spekulasi orang terhadap aku. tidak apa, aku sudah lupakan segalanya. aku ingin hidup di dunia baru. semua itu aku kubur dalam-dalam.

kemudian, aku alami krisis kewangan ketika tengah sambung belajar yang sekarang ini. aku tidak mampu bayar yuran pengajian. zakat juga tiada perkembangan. ibubapa aku banyak berkorban ketika itu. yang aku rasakan aku hanyalah seorang anak yang membebankan. dan kemudian aku dapat tahu ibubapa aku juga sedang menggalas banyak tanggungan yang hampir membawa kepada mahkamah. bahkan yuran aku, ibubapa aku gadai emas untuk bantu aku bayar. aku tiada kerja, tiada duit. aku malu tapi hanya itu aku mampu. minta.

semua tu buat aku jadi sedih dan dilemma. sama ada aku perlu teruskan belajar atau aku berhenti belajar dan cari kerja untuk bantu keluarga. tapi semua mereka tiada yang setuju tentang itu. semua inginkan aku berjaya. aku tahu betapa pedih dan penat perjuangan mereka menanggung aku. dan aku rasa ini juga jalan yang pedih buat aku. anak sulung dan sampai kini aku masih belum dapat beri apa-apa. perihnya jalan ini Ya Allah..

disebabkan itu, aku tekad untuk cepat-cepat habiskan study dan cari kerja yang baik untuk tanggung keluarga. aku mau banggakan keluarga yang mana mereka inginkan aku berjaya. ku sudahi keperitan ini dengan kejayaan buat mereka. walaupun di sepanjang jalan ini, pelbagai dilemma dan airmata aku perlu lalui. aku ingin cari kerja sambil belajar tapi ibubapa aku tidak setuju. yang hanya mereka inginkan, fokus belajar. aku akur.

bila difikirkan, terlalu banyak airmata tumpah. terlalu banyak. aku tersisih dari sahabat, aku perlu bantu keluarga, aku perlu tanggung tunggakan yuran, aku hilang orang yang aku sayang, aku hidup sendiri dalam kesedihan.. aku struggle sorang-sorang. aku perlu bahu seseorang, namun tiada. aku tinggal di rumah sewa bersendirian. aku tulis entry ni pun airmata aku deras mengalir. aku tidak mau kenang kesakitan itu namun seakan tidak mampu.. sukar untuk aku tahan. peritnya aku lalui.

aku mental breakdown seketika. aku koyak. aku tidak tau yang mana jalan aku harus tuju. yang mana sebenarnya adalah terbaik buat aku.

dan dalam jalan itu, sedih gembira aku, banyak yang aku kongsi dengan seseorang yang aku kasihi. dan mungkin juga dia adalah jodoh aku. mohon doakan aku dan dia. sungguh dia telah banyak bantu aku untuk bangkit dari kesedihan, hampir menuju kegagalan. dia selalu ada di setiap keperitan yang aku lalui. dia menjadi saksi walaupun ia hanya melalui telefon. terima kasih wahai kekasih.

masih banyak, dan itu antara yang paling pedih aku rasakan. 2020, aku kuburkan segala kisah sedih. aku tahu, aku perlu melangkah ke hadapan, melakar sejarah dan kejayaan yang indah hanya untuk orang-orang yang aku sayang. yang ada ketika aku rebah. mereka layak untuk aku raikan.

2021

 aku kini sedang berdiri di realiti. aku harus bangkit dari segala kepedihan. aku harus buktikan kejayaan itu buat kedua ibubapa yang banyak berkorban buat aku. pada keluarga yang banyak beri dorongan dan semangat. hampir sedikit jalan, aku sudah sampai ke puncak. semoga aku kuat harungi hari-hari yang mendatang. hanya saja waktu menentukan. 

telah banyak plan di tahun ini. semoga saja apa yang di semogakan menjadi kenyataan. aku tidak ingin menangis lagi. aku tidak ingin bersedih lagi. sudah cukup perih.

mungkin saja menuju kejayaan ini tidak seperih yang disangkakan. namun berbagai halangan dan dugaan yang membuatkan ia sakit. semoga sakit ini menjadi penguat semangat, semoga sakit ini bertukar menjadi kejayaan di masa hadapan.

melangkah tahun yang baharu, dengan semangat dan impian. aku sudah bersedia!

semoga dipermudahkan segala urusan aku di tahun ini.


شكرا جزيلا

No comments: